Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

Nasi Briyani Pakistan

Tuesday, January 26, 2010

Bahan2

  • beras - 2 cawan, dibasuh dan direndam selama 15 minit
  • ayam atau daging
  • ghee atau minyak - 1 cawan
  • bawang besar - 2 or 3 ulas , dimayang
  • tomato- 3 biji, dipotong dadu
  • yogurt plain - 1 cawan
  • ketumbar - 1 sudu, ditumbuk
  • garam
  • perasa
  • serbuk SHAN briyani

Cara2

  1. masak nasi + bubuh garam dalam 1 1/2 sudu kecil, jangan sampai terlalu masak... erk, kira 3/4 nak masakla..
  2. dalam periuk lain, panaskan minyak/ghee, tumis bawang merah hingga kekuningan, masukkan ayam atau daging.
  3. biar mendidih, atau ayam masak
  4. jika guna daging, masukkan air supaya daging empuk,
  5. jika guna ayam, tidak perlu tambah air
  6. kemudian, masukkan tomato, yogurt dan rempah SHAN
  7. tumis sampai pecah minyak..
  8. tambahkan garam atau perasa jika perlu
  9. gaulkan bahan tumis ke dalam nasi,taburkan ketumbar yang ditumbuk dan tutup periuk sampai nasi dah agak2 masak..
  10. sedia untuk dimakan! :)
  11. boleh juga dihidang bersama salad..

Sup ikan

Thursday, December 17, 2009

BAHAN2
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • air secukupnya
  • 5 biji cengkih
  • 2 keping kuilt manis
  • 3 biji pelaga
  • sedikit perasa
  • garam

CARA2

  • masukkan kesemua bahan ke dalam periuk
  • tunggu hingga didih, letak garam dan perasa.
  • siap dimakan

Tom Yam

BAHAN2


  • seinci halia
  • seinci lengkuas
  • serai
  • tomato 1 biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 biji cili padi
  • ayam
  • udang
  • sotong
  • sayur - brocolli, kobis, cendawan
  • daun limau purut
  • bawang besar- dipotong
  • limau nipis
  • garam

CARA2

  • halia, lengkuas, serai, tomato, bawang putih dan cili padi diketuk
  • letak semangkuk air dan bahan diketuk ke dalam periuk
  • kemudian letakkan di atas dapur
  • masukkan sotong,udang dan ayam
  • kemudian sayur dan bawang dimasukkan
  • bila mendidih, letak air limau nipis
  • garam sedikit bersama perasa
  • siap dimakan!

Masak Labu Air

BAHAN2
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sesudu lada hitam
  • sedikit udang kering
  • daun selasih
  • belacan sedikit
  • gula sesudu
  • asam keping -2
  • sedikit budu
  • labu - dipotong

CARA2

  • bawang merah, putih, lada hitam dan udang kering ditumbuk
  • kemudian bahan2 itu diletak dalam periuk, dan campur secawan air atau secukupnya
  • masukkan belaca, budu dan asam keping
  • letakkan labu air
  • didihkan periuk atas dapur
  • bila medidih, letak daun selasih dan tutup api.

Daging masak kicap

BAHAN2
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • seinci halia
  • kunyit sedikit
  • serai
  • garam
  • kicap manis dan masin

CARA2

  • bawang, halia, kunyit dan serai diblend
  • kemudian tumis bahan2 yang diblend
  • letakkan kicap secukupnya bersama daging
  • dan air secukupnya
  • garam
  • tunggu didih.

Udang masak sambal petai

BAHAN2
  • udang
  • petai sedikit, dibelah dua
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah or 1 sudu lada boh
  • garam secukup rasa

CARA2

  • tumiskan lada
  • kemudian bawang
  • masukkan air sedikit berserta udang
  • dan masukkan petai yang dibelah
  • bila didih, letak garam sikit
  • siap

Ikan Pari Tumis

Thursday, December 10, 2009

ni lauk kegemaran saya!

yummy ikan pari..

yummy kuah asam pedas..

:)



BAHAN2


  • seinci halia

  • sedikit kunyit hidup

  • belacan - 1 inci camtu

  • 1 ulas bawang putih

  • 1 sudu lada boh

  • 3 ulas bawang merah

  • segenggam air asam jawa

  • daun limau purut

  • serai - diketok

  • daun kesum - setangkai

  • garam

  • ajinomoto

CARA2



  • blend halia, kunyit, bawang merah dan bawang putih sekali

  • panaskan minyak

  • tumis lada boh smp kering skit,

  • masukkan bahan2 yang diblend tadi

  • tumis hingga wangi

  • masukkan air asam jawa

  • masukkan ikan pari

  • tunggu hingga didih

  • letak segala daun - daun kesum, daun limau purut dan serai yang ditumbuk

  • biar didih, dan siapla ia....

* jika mahu masak ikan lain pun boleh guna cara ni.. ;p


Spaghetti Sos aka Kuah Spaghetti


Bagi yang tak mahu beli yang instant, rajin nak buat sendiri, silalah cuba resepi ini :

BAHAN2
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 6 ulas bawang kecil - ditumbuk or blend
  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk or blend
  • 1 ulas bawang besar - di mayang
  • stgh sudu besar lada boh
  • garam
  • ajinomoto
  • serbuk lada putih
  • kicap masin
  • stgh botol tomato sos - saya guna Del Monte
  • air secukupnya
  • daging or ayam cincang


CARA2

  • tumis bawang besar yang dimayang
  • kemudian lada boh
  • dan bawang kecil serta bawang putih
  • letak tomato puri, biar mendidih
  • kemudian tambahkan air
  • letak daging cincang - nak goreng sikit daging tu pun lebih baik
  • kicap dan tomato
  • garam, lada sulah dan ajinomoto
  • tambah air jika perlu
  • tunggu hingga mendidih..
  • siap!

Masak TAUCHU

BAHAN2


  • ayam atau ikan

  • 1 biji bawang besar - dipotong enam

  • 3 ulas bawang merah - dimayang

  • 2 biji bawang putih - dihiris

  • setgh inci halia - dihiris

  • 3 sudu tauchu

  • secawan air panas

  • 1 biji cili merah - dibelah dua tak putus

  • sedikit air asam jawa

CARA2



  • goreng ayam atau ikan dengan garam dan kunyit, kemudian letak tepi

  • tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi

  • kemudian masukkan 3 sudu tauchu

  • dan tambah air panas ke dalam kuali

  • letakkan cili yang dibelah serta bawang yang dipotong enam tadi

  • tambahkan sedikit perasa, garam TAK perlu sebab tauchu dah masin!

  • siap sudah...

Mawar Recipes Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino