Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Ikan Pari Tumis

Thursday, December 10, 2009

ni lauk kegemaran saya!

yummy ikan pari..

yummy kuah asam pedas..

:)



BAHAN2


  • seinci halia

  • sedikit kunyit hidup

  • belacan - 1 inci camtu

  • 1 ulas bawang putih

  • 1 sudu lada boh

  • 3 ulas bawang merah

  • segenggam air asam jawa

  • daun limau purut

  • serai - diketok

  • daun kesum - setangkai

  • garam

  • ajinomoto

CARA2



  • blend halia, kunyit, bawang merah dan bawang putih sekali

  • panaskan minyak

  • tumis lada boh smp kering skit,

  • masukkan bahan2 yang diblend tadi

  • tumis hingga wangi

  • masukkan air asam jawa

  • masukkan ikan pari

  • tunggu hingga didih

  • letak segala daun - daun kesum, daun limau purut dan serai yang ditumbuk

  • biar didih, dan siapla ia....

* jika mahu masak ikan lain pun boleh guna cara ni.. ;p


Masak TAUCHU

BAHAN2


  • ayam atau ikan

  • 1 biji bawang besar - dipotong enam

  • 3 ulas bawang merah - dimayang

  • 2 biji bawang putih - dihiris

  • setgh inci halia - dihiris

  • 3 sudu tauchu

  • secawan air panas

  • 1 biji cili merah - dibelah dua tak putus

  • sedikit air asam jawa

CARA2



  • goreng ayam atau ikan dengan garam dan kunyit, kemudian letak tepi

  • tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi

  • kemudian masukkan 3 sudu tauchu

  • dan tambah air panas ke dalam kuali

  • letakkan cili yang dibelah serta bawang yang dipotong enam tadi

  • tambahkan sedikit perasa, garam TAK perlu sebab tauchu dah masin!

  • siap sudah...

Roti Canai + Ikan

Wednesday, December 9, 2009


Tadi mama call bagitau dia masak ikan dengan roti canai segera.. sedapnya!
Teringin nak makan, tapi takde roti canai kat sini.. huhu.. ganti dgn chappati je la.. ;p

Ikan tu buatnya macam ni;

Bahan2


  • ikan kembung 2 ekor

  • cili padi - ikut selera nak pedas letak la banyak

  • bawang - 2 ulas

  • garam

  • asam keping- sikit je

  • limau nipis - 1 biji

Cara2


  • Ikan direbus bersama air, garam dan asam keping

  • Sementara tunggu ikan masak, mayang bawang dan hiris cili padi

  • Ikan dh siap rebus, keluarkan isi ikan, buang tulang, hancurkan isi ikan tu dengan garfu

  • Then, masukkan air rebusan ikan tu sikit, bawang dan cili yang dipotong td, dan perah limau sikit.

  • Gaulkan rata.

  • Siap!

*Makan dengan roti canai sedap tau! ;)


Mawar Recipes Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino