Aiskrim HomeMade

Thursday, December 17, 2009

BAHAN2
  • Coffee mate
  • Gula ising
  • Sprite
  • Susu Cair
  • Nescafe or any flavor that u want!

CARA2

  • mix or blend everything
  • freeze- 8 hours
  • blend again
  • freeze back for 8 hour
  • ready to eat..

Sup ikan

BAHAN2
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • air secukupnya
  • 5 biji cengkih
  • 2 keping kuilt manis
  • 3 biji pelaga
  • sedikit perasa
  • garam

CARA2

  • masukkan kesemua bahan ke dalam periuk
  • tunggu hingga didih, letak garam dan perasa.
  • siap dimakan

Tom Yam

BAHAN2


  • seinci halia
  • seinci lengkuas
  • serai
  • tomato 1 biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 biji cili padi
  • ayam
  • udang
  • sotong
  • sayur - brocolli, kobis, cendawan
  • daun limau purut
  • bawang besar- dipotong
  • limau nipis
  • garam

CARA2

  • halia, lengkuas, serai, tomato, bawang putih dan cili padi diketuk
  • letak semangkuk air dan bahan diketuk ke dalam periuk
  • kemudian letakkan di atas dapur
  • masukkan sotong,udang dan ayam
  • kemudian sayur dan bawang dimasukkan
  • bila mendidih, letak air limau nipis
  • garam sedikit bersama perasa
  • siap dimakan!

Masak Labu Air

BAHAN2
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sesudu lada hitam
  • sedikit udang kering
  • daun selasih
  • belacan sedikit
  • gula sesudu
  • asam keping -2
  • sedikit budu
  • labu - dipotong

CARA2

  • bawang merah, putih, lada hitam dan udang kering ditumbuk
  • kemudian bahan2 itu diletak dalam periuk, dan campur secawan air atau secukupnya
  • masukkan belaca, budu dan asam keping
  • letakkan labu air
  • didihkan periuk atas dapur
  • bila medidih, letak daun selasih dan tutup api.

Pengat Ubi Keling

BAHAN2
  • santan
  • gula
  • telur
  • ubi

CARA2

  • santan, gula dan ubi letak dalam periuk
  • tambah sedikit air
  • telur dikacau di dalam bekas
  • bila didih, masukkan telur

** gula secukup rasa, kalau nak manis letak banyak la, kalau nak kurang, kurangkan gula ya puan2.. :)

Daging masak kicap

BAHAN2
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • seinci halia
  • kunyit sedikit
  • serai
  • garam
  • kicap manis dan masin

CARA2

  • bawang, halia, kunyit dan serai diblend
  • kemudian tumis bahan2 yang diblend
  • letakkan kicap secukupnya bersama daging
  • dan air secukupnya
  • garam
  • tunggu didih.

Kek Pisang

BAHAN2
  • 220g mentega
  • 340g gula halus
  • 4 biji telur
  • 2 biji pisang
  • 2 cawan tepung naik
  • 1 sudu besar susu
  • setgh sudu esen vanilla

CARA2

  • pukul mentega dengan gula hingga putih
  • masukkan telur one by one
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • masukkan pisang yang dihancur
  • masukkan susu dan vanilla
  • bakar dalam oven 200degree selama 30 minit

Udang masak sambal petai

BAHAN2
  • udang
  • petai sedikit, dibelah dua
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah or 1 sudu lada boh
  • garam secukup rasa

CARA2

  • tumiskan lada
  • kemudian bawang
  • masukkan air sedikit berserta udang
  • dan masukkan petai yang dibelah
  • bila didih, letak garam sikit
  • siap

Choc Chip Cookies

BAHAN2
  • 250g mentega
  • 100g gula caster putih
  • 100g gula merah
  • 1 biji telur
  • 300g tepung gandum
  • 100g serbuk badam
  • 1 sudu baking powder
  • 100g choc chip

CARA2

  • gaulkan butter dan gula caster&merah dengan mixer
  • kemudian pecahkan telur dan gaul lagi
  • masukkan tepung gandum perlahan2, kemudian serbuk badam dan diikuti baking powder
  • dah habis gaul rata , tutup mixer, taburkan choc chip, dan gaul dengan sudu..
  • sapu sedikit butter atas loyang
  • guna sudu kecil dan letakkan adunan ke dalam loyang.
  • atur jauh2 skit.. sbb nnt cookies akan mengembang
  • panaskan oven dalam 180 degree selama lebih kurang 30minit
  • Siap!~

Ikan masak singgang

Thursday, December 10, 2009

BAHAN2


  • ikan kembung 2 ekor - dipotong dua
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit kunyit
  • sedikit lengkuas
  • asam keping - 2
  • tomato setgh biji

CARA2

  • Kesemua bahan dipotong2 dan diletakkan dalam periuk
  • Campur air secukupnya
  • Bila mendidih, letak sedikit garam dan perasa
  • Siap.

Puding Buih

BAHAN2



utk puding buih


  • 8 biji telur ayam (satu dibuang merah)

  • 1 bungkus agar2

  • 1 senduk gula pasir

  • sedikit susu pekat

  • sedikit esen vanilla

utk kuah puding



  • 1 tin susu cair

  • 2 gelas air

  • 1 merah telur (yg dibuang di atas)

  • esen vanilla

  • gula

  • susu pekat

CARA2


puding buih



  • rendam agar selama setgh jam

  • kemudian masakkan agar2 dgn segelas air hingga didih

  • masukkan gula

  • sementara tgu agar2 agak pekat, pukul telur hingga naik putih cam buih- dalam mixer

  • tutup api, masukkan agar2 dalam telur yg dah jd cam buih tu

  • kacau hingga sejuk. jangan berhenti kacau kalau tak sejuk sebab nnt agar2 mendap ke bawah, so tak jadila..

  • dh sejuk dan sebati, letak dlm bekas dan letak dlm peti sejuk bhgn bwh ye.

kuah



  • masak susu cair,1 merah telur (yg dibuang td) dan air hingga didih

  • campur sedikit gula dan susu pekat

  • bila sejuk, titiskan esen vanila

  • sejukkan dalam peti

*makan puding bersama kuah, letak kuah banyak skit supaya tak tawar sgt.

Puding Caramel

BAHAN2


  • sesenduk gula

  • air setgh cawan

  • 1 mangkuk telur

  • 1 mangkuk air

  • 1 tin susu cair

  • 2 keping roti

CARA2



  • Panaskan periuk dan masukkan sesenduk gula

  • tunggu hingga gula kekuningan dan cepat2 masukkan air - jangan lama sgt, nnt gula pahit

  • Masukkan gula hangus ke dalam bekas yang hendak dikukus

  • Rendamkan 2 keping roti dalam air panas dan hancurkan

  • Kacau gula, telur, susu cair dan air hingga sebati

  • Masukkan dalam bekas yang ada gula hangus tadi

  • Kukus dalam 2o minit

  • Biarkan sejuk, dan kemudian letak dalam peti

  • Makan sejuk2 sedap! :)

Ikan Pari Tumis

ni lauk kegemaran saya!

yummy ikan pari..

yummy kuah asam pedas..

:)



BAHAN2


  • seinci halia

  • sedikit kunyit hidup

  • belacan - 1 inci camtu

  • 1 ulas bawang putih

  • 1 sudu lada boh

  • 3 ulas bawang merah

  • segenggam air asam jawa

  • daun limau purut

  • serai - diketok

  • daun kesum - setangkai

  • garam

  • ajinomoto

CARA2



  • blend halia, kunyit, bawang merah dan bawang putih sekali

  • panaskan minyak

  • tumis lada boh smp kering skit,

  • masukkan bahan2 yang diblend tadi

  • tumis hingga wangi

  • masukkan air asam jawa

  • masukkan ikan pari

  • tunggu hingga didih

  • letak segala daun - daun kesum, daun limau purut dan serai yang ditumbuk

  • biar didih, dan siapla ia....

* jika mahu masak ikan lain pun boleh guna cara ni.. ;p


Spaghetti Sos aka Kuah Spaghetti


Bagi yang tak mahu beli yang instant, rajin nak buat sendiri, silalah cuba resepi ini :

BAHAN2
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 6 ulas bawang kecil - ditumbuk or blend
  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk or blend
  • 1 ulas bawang besar - di mayang
  • stgh sudu besar lada boh
  • garam
  • ajinomoto
  • serbuk lada putih
  • kicap masin
  • stgh botol tomato sos - saya guna Del Monte
  • air secukupnya
  • daging or ayam cincang


CARA2

  • tumis bawang besar yang dimayang
  • kemudian lada boh
  • dan bawang kecil serta bawang putih
  • letak tomato puri, biar mendidih
  • kemudian tambahkan air
  • letak daging cincang - nak goreng sikit daging tu pun lebih baik
  • kicap dan tomato
  • garam, lada sulah dan ajinomoto
  • tambah air jika perlu
  • tunggu hingga mendidih..
  • siap!

Telur Bawang

Sedap di makan bersama roti Gardenia.. :)

Buat breakfast or supper mmg sesuai.



BAHAN2


  • 1 biji bawang besar

  • 4 biji telur

  • kicap

  • sos tomato

  • white pepper

CARA2



  • panaskan minyak, letak byk skit

  • pecahkan telur dan gaulkan telur - macam buat smash eggs

  • masukkan sos tomato

  • kicap

  • lada sulah

  • gaul sampai kering sikit - jangan kering sgt

  • siap dimakan bersama roti... nyummy!

Masak TAUCHU

BAHAN2


  • ayam atau ikan

  • 1 biji bawang besar - dipotong enam

  • 3 ulas bawang merah - dimayang

  • 2 biji bawang putih - dihiris

  • setgh inci halia - dihiris

  • 3 sudu tauchu

  • secawan air panas

  • 1 biji cili merah - dibelah dua tak putus

  • sedikit air asam jawa

CARA2



  • goreng ayam atau ikan dengan garam dan kunyit, kemudian letak tepi

  • tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi

  • kemudian masukkan 3 sudu tauchu

  • dan tambah air panas ke dalam kuali

  • letakkan cili yang dibelah serta bawang yang dipotong enam tadi

  • tambahkan sedikit perasa, garam TAK perlu sebab tauchu dah masin!

  • siap sudah...

Sotong Masak Kicap


BAHAN2
  • 6 biji bawang kecil - ditumbuk atau dihiris
  • 3 biji bawang putih- dihirs
  • sedikit air asam jawa
  • 1 biji lada hidup - dibelah dua tak putus
  • seinci halia - dihiris
  • kicap
  • gula
  • garam

CARA2

  • tumis bawang, cili, halia dalam kuali hingga nak dekat garing
  • toskan bahan2 yang ditumis td
  • goreng sotong
  • letak kicap sedikit
  • kemudian gula dan air asam jawa
  • bila dah agak2 masak, letak semula bahan yang ditos td
  • siap!


:)

Udang Masak Lemak- INSTANT COOK!


gambar oleh:
BAHAN2
  • udang
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1/2 sudu lada boh
  • 1/2 kotak santan
  • serai - diketuk
  • daun kunyit
  • air
  • garam
  • perasa

CARA2

  • masukkan kesemua bahan dan gaul rata dan periuk
  • masak atas dapur
  • bila didih, letak garam dan perasa
  • Instant tak? ;p

Pancake

Wednesday, December 9, 2009



BAHAN2

  • 2 senduk planta or 1/2 butter
  • 1/2 senduk gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 sudu tepung
  • baking powder
  • esen vanilla
  • 1 1/2 cawan air
  • 3 sudu susu pekat

CARA2

  • butter n gula gaul sebati
  • masukkan telur
  • kemudian tepung
  • dan baking powder sikit- dlm stgh sudu kecik
  • masukkan air dan esen vanilla serta susu pekat.
  • gaul sebati
  • siap untuk dimasak dlm pan

* mmg adunan akan jd cair, masukkan sesenduk ke dalam pan bg mendapatkan satu pancake! anda mungkin akan dapat buat 3 or 4 pancake bg satu adunan ni..

SELAMAT MENCUBA! :)

Roti Canai + Ikan


Tadi mama call bagitau dia masak ikan dengan roti canai segera.. sedapnya!
Teringin nak makan, tapi takde roti canai kat sini.. huhu.. ganti dgn chappati je la.. ;p

Ikan tu buatnya macam ni;

Bahan2


  • ikan kembung 2 ekor

  • cili padi - ikut selera nak pedas letak la banyak

  • bawang - 2 ulas

  • garam

  • asam keping- sikit je

  • limau nipis - 1 biji

Cara2


  • Ikan direbus bersama air, garam dan asam keping

  • Sementara tunggu ikan masak, mayang bawang dan hiris cili padi

  • Ikan dh siap rebus, keluarkan isi ikan, buang tulang, hancurkan isi ikan tu dengan garfu

  • Then, masukkan air rebusan ikan tu sikit, bawang dan cili yang dipotong td, dan perah limau sikit.

  • Gaulkan rata.

  • Siap!

*Makan dengan roti canai sedap tau! ;)


First and foremost..

Tuesday, December 8, 2009

WELCOME TO MY RECIPE BLOG.. FEEL FREE TO SHARE YOURS TOO! :)

Mawar Recipes Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino